Objektif
- Untuk membantu pelajar-pelajar Diploma IT, UTHM mendapatkan sumber tambahan yang diperlukan melalui blog ini.
- Untuk membantu pelajar-pelajar menilai prestasi mereka dalam pembelajaran ini.
- Meningkatkan kefahaman minda pelajar-pelajar Diploma IT mengenai kursus Multimedia
Definisi Multimedia
Multimedia adalah media dan kandungan yang menggunakan kombinasi bentuk media yang berlainan. Istilah multimedia kontra kepada istilah media yang mana menggunakan material bercetak atau bertulis tangan. Multimedia merupakan kombinasi teks, grafik, audio, animasi, dan video. Multimedia biasanya direkod dan dimainkan, dipaparkan serta diakses menerusi peranti pemprosesan maklumat multimedia seperti peranti elektronik dan perkomputeran.
Sistem Multimedia
Sistem Multimedia merupakan sistem yang melibatkan perkara-perkara berikut terhadap informasi multimedia :
- Pembangunan menggunakan peralatan pemproduksi atau peralatan pengarangan (authoring tools).
- Bentuk persembahan dan format.
- Rekabentuk fail storan.
- Isu rangkaian.
- Pengurusan pangkalan data.
- Kaedah penyampaian - rekabentuk pelayan.
Elemen - elemen Multimedia
Dalam kehidupan yang mengatasi teknologi terkini, konsep multimedia wujud dalam pelbagai situasi yang bermakna. Seperti yang telah dinyatakan, multimedia menggabungkan penggunaan beberapa media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Berikut merupakan huraian berkaitan teks dan grafik kerana kami hanya menekankan elemen tersebut bersesuaian dengan tajuk sebenar.
1) Teks
Dengan teknologi multimedia, teks boleh digabungkan dengan media lain
untuk mempersembahkan informsi dengan lebih bermakna. Teks
juga memainkan peranan untuk membentuk perkataan dan perenggan
untuk tujuan berkomunikasi, menyampaikan idea dan fakta.
Serif
dan Sans Serif
- Serif merupakankan merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat pada penghujung sesuatu aksara.
- Makanya, Sans Serif bermaksud tanpa Serif.
- Contoh : -
SANS SERIF |
SERIF |
2) Grafik
Grafik terdapat dalam pelbagai saiz sama ada besar atau kecil bergantung
kepada keperluan dan fungsinya dalam aplikasi multimedia tersebut.
Grafik dijana oleh komputer dalam dua cara iaitu grafik bitmap
dan grafik lukisan vektor.
Contoh Permodelan Warna :
Grafik terdapat dalam pelbagai saiz sama ada besar atau kecil bergantung
kepada keperluan dan fungsinya dalam aplikasi multimedia tersebut.
Grafik dijana oleh komputer dalam dua cara iaitu grafik bitmap
dan grafik lukisan vektor.
Contoh Permodelan Warna :
- RGB
merah, hijau, dan biru untuk
membentuk warna - warna aditi
yang lain. Contoh peranti yang
menggunakan permodelan warna
RGB adalah televisyen, video kamera,
pengimbas dan kamera digital.
pengimbas dan kamera digital.
Sistem warna yang terdiri
daripada 4 warna utama
iaitu warna cyan, magenta,
kuning dan hitam yang
khas. Campuran warna bagi
model CMYK dikenali sebagai
campuran secara subtraktif
iaitu warna
sekunder dikeluarkan
daripada campuran warna
tersebut iaitu semua warna
diserap kecuali warna yang
dikehendaki.
- HSB
Sistem warna HSB adalah sistem warna berdasarkan kepada persepsi
manusia melihat kepada warna Hue, Saturation dan Brightness.
Hue merujuk kepada warna-warna spektra seperti warna merah,
jingga, kuning, biru, hijau dan sebagainya. Saturation merujuk
kepada pengkayaan bagi sesuatu warna. Sebagai contoh, biru
gelap dianggap sebagai high saturated, manakala biru luntur dianggap
low saturated.
Brightness (kecerahan) menunjukkan keterangan atau
kemalapan yang diperlihatkan oleh warna yang bergantung kepada
jumlah cahaya yang akan dibalikkan oleh objek.
No comments:
Post a Comment